Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah rahmatNya kita dapat mewujudkan Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur.
Saya berharap agar semua ahli Maahad bersama-sama bantu membantu dari segi tenaga, material mahupun sokongan moral dan apa sahaja bentuk bantuan yang mampu kita hulurkan. Semoga silaturrahim antara kita bertambah erat dan keimanan kita bertambah teguh.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya amat memahami kesulitan anda semua, maka oleh sebab itu sumbangan dan penglibatan anda lebih berharga dan lebih bermakna.
Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari penglibatan kita secara ikhlas dalam Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur dengan niat untuk mengangkat martabat diri kita dan keluarga kita khususnya dan seluruh kaum penduduk Kampung Sungai Chinchin amnya.